Setelah sekian lama berhijrah ke Kuala Lumpur. Ku masih ingat waktu itu aku terpaksa mengikut suami yang telah bertukar ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1982 waktu itu anak baru empat orang masih kecil-kecil. Pejam celik pejam celik anak bertambah menjadi tujuh orang.
Tidak ku duga ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Pada tahun 1987 aku mendapat berita dari suami yang dia mengidap ketumbuhan. Badan yang tegap dan berisi mula beransur kurus. Dia terpaksa berulang ke hospital untuk rawatan (hospital Kinrara dan hospital Kuala Lumpur). Bukan setakat hospital malah rawatan tradisional juga telah diusahakan tetapi sia-sia belaka.
Akhirnya pada 20.5.1990 beliau terpaksa meninggalkan kami dengan anak-anak yang masih memerlukan dia waktu itu. Betapa berat mata memandang tetapi berat lagi bahu memikul. Ku gagahi untuk terus hidup, demi menyambung tugas yang selama ini di pikul oleh ibu dan ayah kepada anak-anak ku yang masih kecil. Waktu itu akulah ayah dan juga ibu kepada anak-anak ku. Betapa sedihnya apabila memandang anak-anak yang masih kecil sudah ketiadaan ayah untuk bergantung hidup. Aku terpaksa pasrah kepada Allah kerana hanya dia sahaja yang maha mengetahui segala-sagalanya.
Aku masih ingat ada orang yang ingin mengambil anak ku untuk dijadikan anak angkat tetapi aku tidak rela melepaskannya ke tangan orang lain. Betapa sedihnya anak yang sudah tiada bapa tetapi ingin pula dipisahkan antara ibunya. Biarlah susah dan senang aku menanggung semuanya.
Aku masih ingat ada hamba Allah yang belas kasihan kepada aku sanggup menghulurkan sumbangan kepada aku. Jasa mereka tetap ku kenang hingga akhir ini. Semoga Allah jua yang membalas budi mereka itu.